Kali ni saya nak lari sikit dripada kebiasaan..
Nak story pasai Miah.
Haa. tgk tak anugerah skrin, or biasenye cerekarama kt tv3 tu?
setiap hari sabtu malam.
Ekceli kan, baru je sebenarnye menonton cerita ni semalam,
ulang tayang nye je..
Miah ni seorang perempuan kampung je(watak dipegang oleh Faezah Elai).. then mak Miah ni tinggalkan Miah dari kecik sebab semenjak Miah lahir ke dunia ni, hidup mak dy berubah manjadi susah. *kire Miah ni bawak bala la.. So Miah ni dibela la oleh nenek or tok dy kt kampung tu.
Satu hari, mak Miah ni culik si Miah ni bawak g duduk kat bandar. Miah ni anak kedua dari 3 beradik, kak long ng adek dy suka buli and tak suka kat Miah ni. Sama mcm mak dorg la kan.. Mak dy nak suruh Miah kerja kt pejabat mak dy kerja ni, sebagai tukang sapu.Mak dy ni cleaner kt opis tu jgk. Maklumlah, Miah ni bukan berpelajaran tinggi pun. Tapi kesian la kat Miah ni, sebab tiap2 hari, kerja penat lelah, tp kalo dapat gaji, kesemua gaji Miah tu kena bagi kat mak dy. Kasihan...kan... Tapi banyak unsur-unsur lawak, so takkan menitiskan ayaq mata la no.hehe
Nak dipendekkan cerita, Miah ni mmg suka tersengih-sengih and sgt2 kekampungan. Tapi...Miah ni seorang yg rajin, and pandai jgk menjahit! . Jangan men-men tau..sungguhpun dy ni tak berpelajaran. Tapi ade akai.. Itu yg seseorang perlukan untuk teros hidup. Tak macam kakak ng adik si Miah tu..belajar mmg tinggi, tp akai tadak. Mengharapkan duit mak dorg and duit gaji Miah je. *tak guna punya olang kan..haha . Orang kata dok perhabeh beras ja.
Miah ni kena halau dgn mak dy sendiri dari rumah. Puncanya, Miah dah tak tahan dengan kehidupan dy asyik macamtu je. Nak simpan duit dari duit gaji sendiri pn tak boleh. Ade ke patot? Then Miah ni tak dapat satu sen pn ke dari duit gaji dy? Haa..Miah ni bijak...dan baik. Sebab dy kirim duit kt tok dy kat kampong tu. Dan dy simpan sikit2 duit gaji dy tu, sbg simpanan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, ye adik -adik...hehe.
Lama-lama, Miah berhenti kerja dari jadi tukang sapu and finally, hasil dari usaha & duit simpanan nye sendiri, dy berjaya menyewa rumah kedai dan membuka kedai jahit. Lama-lama, Miah ni mampu memiliki kereta sendiri..kereta besaw tu nok..dan butik sendiri (kongsi dgn 3 org kawan dy).Haa..time tu baru la Mak, ng adik beradik dy sedar kreadibiliti si Miah budak kampung tu. Langit tinggi rendah. Baru Mak dy nak ngaku Miah ni anak dy..wahahaha
Well, saya dapat satu inspirasi and teladan dari cerita Miah Oh Miah ni..
Walaupun kita belajar setinggi mana, kita kena ingat langit itu tinggi atau rendah.
Tak semestinya org yang kurang pandai / kurang arif dari kita tu bodoh.
Sebenarnya, orang yg pandai membawa hidup or berdikari itulah org yg sangat pandai, sbb dorg bijak mengambil peluang dan boleh berdepan dgn pelbagai masalah.
*itu prinsip saya ye...sape nak tiru, silakan :) saya tak marah.
Dan, kita jgn cepat menilai orang melalui perwatakannya, mungkin nampak mcm org bodoh, tapi selidik dulu isinya ya.. :)
Melatih saya untuk belajar menyimpan untuk masa hadapan .
4.5/5 for this drama!
ecah oh ecah!
ReplyDeletepakiroh oh pakiroh!
ReplyDelete