Followers

Sunday, August 22, 2010

DERITA MERINDU

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yg menyangkal
Bagaimana nak kekal..

Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yg tak percaya?
Bagaimana nak bahgia..

Kau lah bahgia , Kau lah derita...

Telah ku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa 
bayangan wajahmu sering didepan mata
harum bau mu masih dapat ku hidu


Bagaimana ingin aku membenci mu
Jikalau setiap hari merindu
sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahgia,
aku pilih derita... 



Kaulah bahgia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)

Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biarkan tiada, Ku tetap kan setia

Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalam yg tak berubah
Kaulah tanda tanya, Kau tiada titik noktah


Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan,
Kau mainkan perasaan

Begitu mudah kau ucapkan
"terimalah saja kenyataan" ?
 Aku masih terkilan...




No comments:

Post a Comment